Wajah baru Honda Dash 125 tahun 2020

BOON Siew Honda Sdn Bhd pada hari Rabu telah mengumumkan wajah baru untuk Honda Dash 125, yang memaparkan warna-warna dan stripe yang baru.

Dua warna baru diperkenalkan, iaitu “Clipper Yellow” (atas, kiri) dan “Candy Scintillate Red” (atas, kanan).

Warna “Pearl Nightfall Blue” masih dikekalkan, tetapi dengan stripe baru.

Varian “Repsol Edition” (hanya terdapat dengan model dua brek disk) yang sedia ada kekal dengan warna dan stripenya.

Stripe baru tersebut membawa halatuju baru, menekankan penampilan yang lebih gah dan mengujakan.

$!Wajah baru Honda Dash 125 tahun 2020

Setiap warna telah dipilih dengan teliti untuk memberikan Honda Dash 125 tahun 2020 contrast yang tinggi serta impak visual yang lebih tinggi.

“Kombinasi warna metalik yang diserlahkan oleh panel berwarna perak menghasilkan wajah yang lebih ekspresif and sempurna untuk penunggang yang mahukan motosikal yang berbeza di mata penunggang tersebut.

$!Wajah baru Honda Dash 125 tahun 2020

“Warna-warna dan stripe baru ini, di samping membawa daya tarikan kuat di kalangan penunggang yang muda, juga akan menepati citarasa hampir kesemua penunggang motosikal.”

Boon Siew Honda mengingatkan pengguna bahawa varian Honda Dash 125 satu brek disk dan dua brek disk masih tetap dikekalkan.

Harga terkini Honda Dash 125 ialah RM5,999 untuk varian satu brek disk, RM6,299 untuk varian dua brek disk dan RM6,499 untuk Repsol Edition (dua brek disk sahaja).

Harga-harga tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan waranti pengeluar dua tahun atau 20,000km (yang mana lebih dahulu).

$!Wajah baru Honda Dash 125 tahun 2020

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image