SEARCH

5,594 kenderaan diarah patah balik di SJR - Bukit Aman

21 Jul 2021 / 09:15 H.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam berbanding 4,666 kenderaan pada hari Isnin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata jumlah kenderaan itu adalah daripada 456,019 kenderaan yang diperiksa di SJR di seluruh negara pada malam Isnin.

“Selain itu, sebanyak 355 kompaun turut dikeluarkan di SJR kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama kelmarin.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan petugas keselamatan negara bersiap sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran sempena sambutan perayaan Aidiladha.

Kerajaan masih tidak membenarkan rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu atau Dua PPN.

-Bernama

email blast