Aplikasi servis kenderaan ‘DriveOn by Tan Chong’ untuk pemilik Nissan, Renault, Infiniti

TAN Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) hari ini melancarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih servis kenderaan pertamanya yang dikenali sebagai “DriveOn by Tan Chong”, khas untuk pemilik kereta Nissan, Renault dan Infiniti.

$!Aplikasi servis kenderaan ‘DriveOn by Tan Chong’ untuk pemilik Nissan, Renault, Infiniti

Aplikasi tersebut menawarkan kemudahan “realtime” kepada para pemilik untuk merancang aspek penyelenggaraan kenderaan mereka. Ia merangkumi:

$!Aplikasi servis kenderaan ‘DriveOn by Tan Chong’ untuk pemilik Nissan, Renault, Infiniti

- Jadual temujanji servis: Lihat slot tempahan temujanji secara langsung dan jadualkan temu janji, lihat senarai 60 pusat servis TCEAS dan tetapkan pusat servis kegemaran anda, serta dapatkan pandu arah ke pusat servis itu.

$!Aplikasi servis kenderaan ‘DriveOn by Tan Chong’ untuk pemilik Nissan, Renault, Infiniti

Temu janji untuk menukar inflator beg udara Takata juga boleh dibuat menerusi aplikasi ini.

- Rekod sejarah servis: Lihat dan pantau rekod servis kenderaan anda.

- Maklumat servis: Dapatkan maklumat Pakej Servis, alat ganti dan harga anggaran lebih awal.

- Peringatan tentang servis: Pelanggan akan diingatkan apabila tarikh servis sudah hampir dan diberitahu apabila kereta sudah siap untuk diambil.

$!Aplikasi servis kenderaan ‘DriveOn by Tan Chong’ untuk pemilik Nissan, Renault, Infiniti

- Bantuan tepi jalan yang mudah: Akses ke atas bantuan kecemasan tepi jalan dan pusat panggilan 24-jam untuk mendapatkan bantuan berkaitan kenderaan.

Aplikasi ini juga menyediakan maklumat “Do’s & Don’ts” sekiranya pengguna terlibat dalam kemalangan jalanraya.

$!Aplikasi servis kenderaan ‘DriveOn by Tan Chong’ untuk pemilik Nissan, Renault, Infiniti

- Promosi aplikasi mudah alih sahaja: Layak untuk menerima promosi yang hanya ditawarkan kepada pengguna aplikasi.

- Kemaskini promosi secara serta-merta: Notis mengenai promosi menarik atau acara yang akan datang.

$!Aplikasi servis kenderaan ‘DriveOn by Tan Chong’ untuk pemilik Nissan, Renault, Infiniti

- e-Majalah Drive On – dapatkan berita dan perkembangan terkini Nissan, tips pemanduan dan penyelenggaraan, di samping pelbagai topik yang menarik minat anda, keluarga dan rakan-rakan.

- GoCar Malaysia: Tawaran tambahan untuk mendapatkan perkhidmatan GoCar apabila kereta anda sedang diselenggara.

Aplikasi itu juga menerima lebih dari satu kenderaan yang dimiliki oleh individu yang sama.

Aplikasi ini boleh didapati secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store, dan pemilik kenderaan Nissan, Renault dan Infiniti dijemput untuk memuat turunkannya.

Sebagai sebahagian daripada kempen pelancarannya, 5,000 muat turun pertama yang berjaya serta didaftarkan bakal menerima diskaun sebanyak 5% ke atas alat ganti daripada TCEAS*.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tceas.com atau hubungi hotline pusat khidmatan pelanggan di 1800-88-3838 untuk Nissan, 1800-88-8663 untuk Renault dan 1800-88-3330 untuk Infiniti.

*Tertakluk kepada terma.