SEARCH

‘Amalkan kebersihan demi keselamatan diri’ – Proton

07 Apr 2020 / 19:42 H.

DI sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah penting untuk kita mengekalkan kebersihan kenderaan, yang mana akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Berikut adalah panduan dan saranan daripada Proton mengenai cara-cara untuk menjadikan kenderaan anda sebuah ruang yang bersih dan sihat, bukan sahaja untuk tempoh sepanjang PKP malahan untuk jangka masa panjang.

Lakukan pembersihan nyahjangkit

Pertama sekali, lakukan pembersihan nyahjangkitan secara kerap pada permukaan yang selalu disentuh.

Contohnya adalah seperti stereng, tombol gear, pemegang pintu (dalam dan luar), butang start-stop enjin dan kunci kereta anda.

Terdapat kajian terbaharu mendapati bahawa virus tersebut mampu bertahan selama dua ke tiga hari pada plastik dan permukaan keluli tahan karat.

Ini menunjukkan bahawa ia boleh berada di mana-mana permukaan kenderaan anda sekiranya tidak dinyahjangkit selepas disentuh.

Oleh itu, penting untuk kita membersihkan atau mengelap semua permukaan secara kerap, terutama selepas membeli barangan keperluan.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga bahagian-bahagian lain pada kenderaan yang perlu dibersihkan dengan teliti.

Sebagai contoh, jika sistem audio kenderaan anda dilengkapi dengan skrin sentuh seperti Unit Infotainmen (IHU) yang ada pada Proton X70 2020, skrin tersebut perlu dibersihkan dengan kerap.

Bersihkan dengan menggunakan kain lembut yang telah disembur sedikit dengan semburan anti-bakteria. Hati-hati agar tidak keterlaluan.

Selain itu, bersihkan kerusi kenderaan anda secara berkala. Sila ambil perhatian bahawa kerusi kulit mungkin tidak sesuai untuk dibersihkan dengan menggunakan cecair nyahkuman.

Bahan kimia yang kasar mungkin akan merosakkannya. Oleh itu, anda perlu mencari cecair yang sesuai untuk membersihkan kerusi kulit kenderaan anda, dan pastikan selepas dilap, kerusi tersebut benar-benar kering untuk mengelakkan daripada kesan bertompok atau merekah.

‘Amalkan kebersihan demi keselamatan diri’ – Proton

Jangan risau, gunakan fungsi bebas tangan

Pada saat-saat seperti ini, semua orang kini sudah terbiasa mengamalkan kebersihan diri yang paling asas iaitu mencuci tangan secara kerap dan mengurangkan sentuhan menggunakan tangan seperti bersalaman dan menyentuh muka.

Ini kerana tangan kita memainkan peranan utama dalam semua aktiviti harian yang dilakukan, daripada memegang barangan sehinggalah menyentuh sesuatu objek ataupun manusia.

Salah satu cara untuk meminimakan sentuhan yang tidak perlu di dalam kenderaan anda adalah dengan menggunakan fungsi bebas tangan seperti arahan suara.

Fungsi ini membantu anda mengawal pelbagai fungsi di dalam SUV milik anda termasuklah untuk menghidupkan radio, penstriman muzik dan menggunakan navigasi serta membuka but belakang dengan menggunakan pengesan kaki yang mana hanya memerlukan anda menggerakkan kaki di bawah bampar belakang dan secara automatik ia akan terbuka.

Ini hanya memerlukan anda menyimpan kunci utama di dalam poket anda.

‘Amalkan kebersihan demi keselamatan diri’ – Proton

Bersihkan udara, tenangkan minda

Penggunaan penulen udara mampu menyegarkan udara di dalam kenderaan anda kerana fungsinya yang menapis dan menyingkirkan gas merbahaya, bau busuk serta membunuh bakteria.

Sesetengah kenderaan seperti Proton X70 sedia dilengkapi dengan sistem ini pada alat hawa dingin model tersebut.

Selain itu, anda turut digalakkan untuk membersihkan semua sampah dan habuk di dalam kenderaan dengan menggunakan pembersih vakum.

Ini akan membantu menghilangkan kotoran dan sisa makanan yang mungkin akan mengundang kehadiran serangga di dalam kenderaan anda.

“Sepanjang tempoh PKP ini, Proton berharap agar semua pengguna dapat mengamalkan kebersihan yang baik dan yang paling penting adalah duduk di rumah,” kata syarikat tersebut.

“Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu keluar, amalkan panduan yang dikongsi dan pandu kereta dengan selamat! Dalam kita sama-sama menempuhi cabaran ini, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga keselamatan dan cekal sentiasa!”

$!‘Amalkan kebersihan demi keselamatan diri’ – Proton

Untitled Document

email blast