SEARCH

Cuba Renault Subscription, RM57 sehari untuk seminggu

20 Feb 2020 / 15:40 H.

PARA pengguna di Malaysia kini boleh mencuba kelebihan pakej percubaan Renault Subscription untuk merasai sendiri pengalaman memandu Renault Captur, crossover gaya hidup yang serba boleh, serta kemudahan program langganan Renault.

Pakej percubaan itu ditawarkan selama tujuh hari pada harga RM57 sehari.

Pelanggan yang mendaftar dengan pakej tersebut hanya perlu membuat bayaran awal sekali sahaja iaitu sebanyak RM399 untuk memandu Captur – crossover paling laris di Eropah – tanpa had perbatuan dan deposit sekuriti, di mana proses pendaftaran sangatlah mudah.

Selepas tempoh percubaan selama seminggu, pelanggan yang ingin terus memandu Captur boleh memilih Pelan “Fixed” atau “Switch” Renault Subscription.

Melalui Renault Subscription, pelanggan akan menikmati manfaat seperti bebas daripada tempoh pinjaman yang lama dan susutnilai kenderaan.

Mereka juga akan menikmati kos menyeluruh yang merangkumi cukai jalan, insurans dan penyelengaraan berkala, selain dari penjimatan tambahan tanpa perlu mengeluarkan bayaran muka dan kadar faedah daripada pinjaman sewa beli.

“Kami percaya bahawa anda hanya perlukan masa selama seminggu untuk jatuh cinta dengan Captur. Pakej Langganan Percubaan yang baru ini bertujuan menawarkan pelanggan tempoh pandu uji yang lebih lama dan boleh mencuba kereta itu sepenuhnya. Pada masa yang sama, membolehkan mereka mengetahui tentang mudahnya program Renault Subscription ini,” kata ketua pegawai eksekutif TC Euro Cars, Wong Hoe Mun.

Kini di dalam fasa percubaan, Pakej Percubaan Renault Subscription ditawarkan di wilayah tengah Semenanjung Malaysia sahaja. Unit Captur adalah terhad dan tertakluk kepada “siapa cepat, dia dapat”.

Mereka yang bercadang untuk mencuba pakej tersebut boleh menyatakannya melalui Renault E-Store (https://www.renault.com.my/deals-news#SubscriptionTrialPlan) atau hubungi 1800-18-8663.

Pelanggan hanya perlu menghantar salinan kad pengenalan atau pasport, lesen memandu dan maklumat kad kredit. Proses kelulusan adalah dalam tempoh 24 jam.

Renault E-Store kini dibuka

TC Euro Cars (TCEC), pengedar tunggal kenderaan Renault di Malaysia baru-baru ini melancarkan Renault E-Store.

Platform e-dagang pertama dimiliki oleh OEM (pengilang peralatan asal) itu menawarkan pelanggan cara yang mudah untuk membeli atau melanggan kenderaan Renault, menerusi satu perjalanan digital yang menyeluruh.

Daripada urusan memandu uji hinggalah mengambil kenderaan Renault mereka, pelanggan boleh memulakan pemilikan secara dalam talian di rumah dan pada bila-bila masa sahaja.

Rangkaian model moden Renault di Malaysia terdiri daripada sports hatch berprestasi tinggi Megane R.S. 280 CUP, SUV premium Koleos dan crossover gaya hidup yang serba boleh, Captur.

Untuk maklumat lanjut mengenai Renault E-Store dan Renault di Malaysia, layari laman web www.renault.com.my atau hubungi 1800-18-8663 (Isnin-Ahad, 8 pagi ke 8 malam).

$!Cuba Renault Subscription, RM57 sehari untuk seminggu

email blast