Isuzu D-Max 1.9L sahut cabaran Borneo Safari

WALAUPUN baru saja dilancarkan untuk pasaran tempatan, Isuzu D-Max 1.9 liter tidak gentar untuk “bertarung” di dalam acara off-road antara yang paling mencabar di Asia – “Borneo Safari” di Sabah.

Sejak lebih sedekad lalu, Isuzu D-Max 2.5 liter dan 3.0 liter telah terbukti menjadi antara kenderaan terbaik dan berkeupayaan untuk mengangkut wakil media di sepanjang laluan berliku acara tersebut, walaupun sekadar diberikan modifikasi minimum.

CEO Isuzu Malaysia Masayuki Suzuki berkata: "Tahun ini, kami akan menggunakan D-Max 1.9 liter pula untuk melihat keupayaannya beraksi di dalam keadaan dan permukaan ekstrem."

“Blue Monster” (foto atas) dari Isuzu Malaysia menampilkan penggunaan enjin 1.9 liter yang paling kecil dan canggih dalam kelasnya, tetapi dengan janaan kuasa yang lebih besar berbanding unit 2.5 liter terdahulu, serta 56 kilogram lebih ringan.

Melalui rekaan dan kejuruteraan inovatif, model baru berkenaan dijangka akan dapat memberikan prestasi off-road lebih baik sebagaimana prestasi yang telah ditunjukkannya di atas jalan biasa.

Selain penggunaan jenis tayar untuk permukaan berlumpur, ia juga menggunakan suspensi lain untuk menyesuaikan penggunaan roda yang lebih besar, perlindungan badan tugas berat (heavy duty lahhh!), sebuah winch dan corong udara khusus (snorkel).

Selebihnya, Blue Monster kekal dengan spesifikasi standard sepertimana yang dilihat pada unit-unit yang dipamer di bilik pameran.

Blue Monster diserahkan kepada pasukan penganjur Borneo Safari di Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada komitmen Isuzu selaku penaja utama acara itu yang menyediakan kenderaan untuk wakil media.

Tahun ini menyaksikan penganjuran kali ke-29 bagi Borneo Safari, dan merupakan tahun ke-13 Isuzu bertindak selaku penaja utama.

Acara berkenaan dijangka bermula di Kota Kinabalu pada 27 Oktober dan menyusur laluan ke Beufort, Tenom, Keningau dan Tambunan sebelum kembali ke pusat bandar pada 3 November untuk majlis penutup.

$!Pengurus pemasaran Isuzu Malaysia Alan Lee (ketiga dari kanan) menyerahkan ‘Blue Monster’ kepada presiden Sabah Four Wheel Drive Association, Faez Nordin (keempat dari kiri).

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image