DENGAN menghantar Proton Iriz miliknya ke Pusat Servis Kecemerlangan Proton di Subang Jaya bagi melakukan penyenggaraan berjadual, Azrul Firdaus Ramli memastikan kereta beliau diservis dan diperiksa dengan baik oleh pasukan juruteknik Proton yang terlatih.

Pada 26 Februari, jurutera jaminan kualiti berusia 30 tahun dari Bukit Jalil itu telah diumumkan sebagai pemenang peraduan “Sayangi Protonku Servis & Menang” Proton dan membawa pulang sebuah Proton Saga Premium AT baru.

Peraduan tersebut, yang mendapat kerjasama daripada Petronas, dianjurkan dengan tujuan untuk memberi ganjaran kepada pemilik kereta Proton yang menghantar kereta mereka untuk diservis secara tetap dan bagi mengetengahkan lagi pusat-pusat servis Proton yang diiktiraf.

$!Jurutera menang Proton Saga

Ianya telah berlangsung dari 15 Ogos hingga 15 November tahun lalu.

Lebih dari 125,000 pelanggan telah menghantar kereta mereka dalam tempoh peraduan tersebut dan peserta yang layak dikehendaki memuat naik gambar kereta mereka di laman Facebook masing-masing dan harus disertakan dengan keterangan gambar yang kreatif.

Kemudian, pengurusan Proton akan memilih pemenang berdasarkan kreativiti mereka.

$!Gambar yang telah dimuatnaik ke laman Facebook Azrul Firdaus.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image