Kempen kebersihan Perodua libatkan semua rakyat Malaysia

PERODUA sedang bekerjasama dengan sebuah agensi kerajaan Malaysia bagi mendidik orang ramai untuk mengekalkan kebersihan persekitaran, bermula dengan jalan raya.

Minggu lepas, Perodua telah menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) – sebuah agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – untuk mencegah pembuangan sampah dari kenderaan.

Kempen tersebut menyaksikan sukarelawan daripada Perodua dan SWCorp mengagihkan 500 tong sampah mini di sebuah stesen minyak bersebelahan Plaza Tol Jalan Duta Lebuhraya Utara-Selatan menghala Kuala Lumpur, untuk mengingatkan mereka agar membawa pulang sampah kecil mereka dan buang di tempat sepatutnya, daripada membuangnya merata-rata semasa memandu atau menunggang kenderaan masing-masing.

Para sukarelawan juga mempamerkan papan tanda berwarna-warni yang memaparkan mesej-mesej anti-sampah, manakala sepanduk dan gegantung telah ditempatkan dengan jelas untuk menarik perhatian para pengguna jalanraya yang keluar dari plaza tol tersebut.

“Perodua berkongsi wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih bersih dan hijau. Kami percaya kombinasi pendidikan dan penguatkuasaan akan memberi impak yang berterusan dan berkekalan kepada masyarakat kita,” kata presiden dan CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.

“Kami berharap rakyat Malaysia dapat mengurangkan, mengguna dan mengitar semula sampah mereka sebaik yang mungkin. Setiap usaha ada permulaannya. Selepas rumah, kenderaan merupakan tempat yang paling lama kita luangkan masa dan jika kita boleh memastikan kenderaan kita bersih, maka secara tidak langsung ianya dapat mengubah kehidupan kita,” katanya.

Di kampus Perodua di Sungai Choh, terdapat Laman Hijau (taman rekreasi) dan ECO Garden seluas 1,500 meter, yang mana kedua-duanya menerapkan pelbagai unsur mampan. Kebanyakan bangunan di kampusnya juga dipasang dengan panel solar dan sistem penuaian air hujan.

$!Kempen kebersihan Perodua libatkan semua rakyat Malaysia

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image