SEARCH

Kempen ‘Renault Relax’ tawar penjimatan alat ganti, lanjutan jaminan

16 Apr 2020 / 19:13 H.

PARA pelanggan Renault kini boleh memanfaatkan kelebihan kempen “Renault Relax” serta menikmati lebih penjimatan sepanjang tempoh yang mencabar ini semasa dan selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Renault Relax menawarkan penjimatan kepada para pelanggan Renault ke atas dua komponen penting – tayar dan bateri.

Tawaran tayar Renault sah untuk pemilik Captur dan Fluence. Para pelanggan yang membuat yuran “lock-in” RM100 bermula 15 April hingga 15 Mei akan menikmati harga promosi RM345 untuk satu unit tayar dengan penjimatan sebanyak 25%.

Pelanggan boleh mendapatkan tawaran tayar ini dari rumah dengan menempah dan membuat bayaran secara dalam talian menerusi Renault E-Store di www.renault.com.my.

Penebusan tawaran itu boleh dibuat pada bila-bila masa dari 15 Mei hingga 31 Ogos. Yuran tempahan itu akan dipotong daripada invois keseluruhan ketika ia ditebus.

Promosi ini hanya tertakluk kepada tayar ContiEco Contact 5 205/55R17, dan stok adalah terhad – siapa cepat dia dapat!

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh kempen yang bermula 15 Mei hingga 31 Ogos, semua pelanggan Renault akan menerima servis imbangan untuk dua unit tayar dan ke atas secara percuma.

Sepanjang tempoh PKP, bateri mungkin boleh kekurangan kuasa kerana pelanggan tidak banyak memandu. Jadi, pelanggan Renault dinasihatkan supaya menghidupkan enjin bagi mengelakkan masalah ini berlaku.

Bagi pelanggan yang perlu menukar bateri kereta mereka, TC Euro Cars (TCEC) ada menawarkan diskaun sebanyak 10%. Tawaran ini hanya sah untuk bateri Atlas BX yang dibeli sehingga 30 Jun.

Sepanjang tempoh PKP, pasukan Rencare juga akan terus memberi sokongan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan kecemasan.

Pasukan ini boleh dihubungi di talian 1800-88-8663 (24 jam, tujuh hari seminggu).

Lanjutan berikutan PKP

Bagi memberi ketenangan minda dan kemudahan kepada semua pelanggan yang terpaksa menangguhkan servis kenderaan berikutan pelaksanaan PKP, TC Euro Cars (TCEC) telah mengumumkan beberapa langkah penting:

- Lanjutan masa servis sehingga 28 Mei ke atas semua kenderaan Renault yang perlu diservis di antara 18 Mac hingga 28 April. Semua temu janji servis akan dilanjutkan sehingga 30 hari untuk diselarikan dengan selang servis mereka.

- Lanjutan 30 hari sehingga 28 Mei untuk semua jaminan yang tamat sepanjang tempoh PKP

- Lanjutan tempoh operasi semua pusat servis Renault adalah seperti berikut:

Pusat Servis Renault Petaling Jaya

- Isnin-Jumaat: 7.30 pagi ke 9.00 malam.

- Sabtu: 8.30 pagi ke 7.00 malam.

- Ahad: 10 pagi ke 7.00 malam.

Pusat Servis Renault yang lain

- Isnin-Jumaat: 8.30 pagi ke 8.00 malam.

- Sabtu: 8:30 pagi ke 5.00 petang.

*Tempoh operasi mungkin berbeza mengikut lokasi.

Senarai penuh pusat servis sah Renault boleh didapati di https://www.renault.com.my/showroom-service-centres.

Perkhidmatan rencam tawarkan pilihan penghantaran dari rumah ke rumah

Bagi memberi lebih kemudahan, pelanggan boleh memohon perkhidmatan dari pintu ke pintu dalam kawasan Lembah Klang sejauh 30 kilometer dari pusat servis.

Sebelum ini, perkhidmatan penghantaran tersebut hanya ditawarkan kepada pelanggan langganan dan baharu sahaja.

Tetap kini, perkhidmatan hantar dan pulang kereta yang diservis ada ditawarkan sepanjang serta selepas tempoh PKP.

Pelanggan boleh menyusun temu janji servis mereka secara dalam talian dengan mendaftar satu akaun Renault E-Store di www.renault.com.my.

Pelanggan yang ingin menempah slot servis boleh berbuat demikian menerusi perkhidmatan rencam Renault E-Store atau hubungi talian 1800-18-8663 (Isnin-Ahad, 8.00 pagi ke 8.00 malam).

$!Kempen ‘Renault Relax’ tawar penjimatan alat ganti, lanjutan jaminan

Untitled Document

email blast