Kesilapan senarai spesifikasi Perodua Axia 2019

28 Aug 2019 / 16:03 H.

PERODUA baru sahaj mengumumkan bahawa ada tiga kesilapan di dalam senarai spesifikasi Axia 2019 yang telah disebarkannya kepada pihak media pada 22 Ogos.

Syarikat tersebut merujuk kepada siaran akhbar (serta senarai spesifikasi) yang telah kami paparkan pada hari yang sama: https://www.thesundaily.my/cerita/automotif/perodua-axia-2019-dibuka-untuk-tempahan-ada-asa-2-0-dan-varian-baru-FG1293263

Tiga kesilapan tersebut, serta fakta dan pembetulannya, ialah seperti berikut:

1. Kesilapan: Sensor bampar hadapan untuk semua varian kecuali E dan G.

Pembetulan: Sensor bampar hadapan hanya untuk varian SE and AV.

2. Kesilapan: Varian G tidak mempunyai cermin sisi elektrik.

Pembetulan: Correct: Varian G ada cermin sisi elektrik. Ianya boleh dilaras, tetapi tidak boleh dilipat/ditarik dengan kuasa elektrik.

3. Kesilapan: Varian GXtra, SE, AV dan Style mempunyai cermin sisi elektrik yang boleh dilipat/ditarik dengan kuasa elektrik.

Pembetulan: Varian GXtra, SE, AV and Style mempunyai cermin sisi elektrik yang boleh dilipat/ditarik dengan kuasa elektrik, tetapi tidak melipat secara automatik sebaik sahaja enjin dimatikan. Pemandu harus menekan satu butang untuk melipat/menariknya.

Senarai spesifikasi yang telah diperbetulkan ada di dalam gambar yang dipaparkan bersama artikel ini.

email blast