MINIfest kembali – rai ulangtahun ke-60

29 Aug 2019 / 17:13 H.

MINI Malaysia akan menganjurkan “MINIfest The 60 Years Special” untuk meraikan ulangtahun jenama MINI yang ke-60.

Acara tersebut akan diadakan pada 7 September (Sabtu), di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, dari pukul 12 tengahari hingga 7 malam.

Pelbagai aktiviti dan tarikan bakal disajikan buat warga “MINIacs” di acara tersebut.

Ianya termasuklah pasar jualan khas yang bertemakan MINI, juadah enak daripada pelbagai trak makanan popular, persembahan muzik “live” serta permainan dan pandu uji. Pengunjung awal juga akan menerima hadiah eksklusif.

Antara tarikan lain di acara MINIfest The 60 Years Special ialah pameran eksklusif jentera MINI Edisi 60 Tahun dan kereta-kereta Mini klasik.

Peluang untuk memandu uji juga ditawarkan sepanjang hari tersebut, bagi 10 jenis model MINI, termasuk Cooper S 3 Door, Cooper S 5 Door, John Cooper Works Clubman serta Cooper S Countryman Pure yang baru dilancarkan pada tahun ini.

email blast