Naza Premira tamatkan operasi Vespa 1hb Januari, 2020

NAZA Premira Sdn Bhd telah mengumumkan yang ianya akan menamatkan operasi jenama Vespa berkuatkuasa 1hb Januari, 2020.

Di dalam kenyataan akhbarnya yang baru sahaja kami terima, pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata: “Semenjak bulan Julai tahun ini, Naza Group dan Piaggio Group telah mengadakan perbincangan berkaitan pemisahan kedua belah pihak.

“Kami mengucapkan ‘Terima Kasih’ kepada Piaggio Group di atas perkongsian selama sembilan tahun kami bersamanya, dan mendoakan yang terbaik untuk mereka dan rakan kongsi baru mereka.

“Kami akan terus menumpukan usaha kami untuk memperkuatkan lagi teras perniagaan kami, termasuklan operasi pengeluaran dan pengedaran automotif.

"Dengan dinamik perniagaan yang terus berkembang, kami mengutamakan jenama teras berprestasi tinggi yang kami ada.

“Yang lebih penting lagi ialah kami mahu terus kekal kompetitif dan relevan di dalam pasaran yang berubah dengan pantas dan pesatnya, berpandukan trend pengguna yang berubah-ubah.

Naza Premira mengakhiri kenyataan akhbarnya dengan berkata ianya akan terus beroperasi untuk pelanggan Vespa di pengedar-pengedar yang terpilih, serta menawarkan kesinambungan servis, alat ganti, waranti dan lepas-jualan kenderaan, sehingga 31hb Disember, 2019.

Naza Premira Sdn Bhd, ahli Naza World Group of Companies, telah dilantik oleh syarikat pengeluar kenderaan dari Itali, Piaggio & C. SpA, pada tahun 2010 sebagai pengimport dan pengedar tunggal skuter dan motosikalnya yang berjenama Vespa, Piaggio and Aprilia di Malaysia.

Pada tahun lalu, ia telah berhenti beroperasi sebagai pengedar motosikal Aprilia di Malaysia beruatkuasa pada 31hb Julai, setelah dipersetujui olehnya dan juga konglomerat Itali tersebut.

Ia terus beroperasi untuk pelanggan Aprilia untuk hal-hal lepas-jualan, alat ganti dan waranti sehingga bulan September 2018.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image