‘Nissan Retail Concept’ baru dibuka di bilik pameran Kg Sg Kayu Ara

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) pada hari Isnin memperkenalkan Nissan Retail Concept (NRC) yang baru bagi mempertingkatkan khidmat pelanggan dan memberikan pengalaman jenama yang konsisten di seluruh dunia.

NRC tersebut diperkenalkan di bilik pameran Nikaijaya Resource (KL) Sdn Bhd, pengedar sah Nissan yang pertama mengadaptasi konsep NRC di Malaysia.

Bilik pameran NRC tersebut menawarkan pelanggan pengalaman yang lebih baik di dalam mengenali jenama Nissan. Bahagian luarannya diserlahkan dengan papan tanda Nissan berwarna merah yang ikonik, manakala ruang jualan dan rundingan “Nissan Drive” mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan penuh keselesaan.

Bilik pameran baharu Nikaijaya Resource terletak di 923A, Jalan Melor, Kampung Sungai Kayu Ara, kira-kira 700 meter di sebelah kiri selepas Plaza tol Damansara.

Bilik pameran itu mempunyai ruang binaan seluas 6,10 meter persegi, dan ianya mempamerkan sehingga lima model Nissan, serta ruang parkir yang mencukupi untuk pelanggan dan barisan kenderaan pandu uji.

Kemudahan tambahan yang ada termasuklah ruang rehat pelangan yang moden seperti sebuah kafe, Wi-Fi percuma dan sudut kanak-kanak, untuk membolehkan pelanggan serta keluarga mereka menikmati masa bersama.

$!‘Nissan Retail Concept’ baru dibuka di bilik pameran Kg Sg Kayu Ara

“NRC mengadaptasi cara terbaru persekitaran perniagaan kami. Ia membuktikan komitmen kami dalam memberikan pengalaman berkualiti tinggi kepada pelanggan sebaik sahaja mereka sampai di bilik pameran. Kami akan terus mengembang dan meningkatkan rangkaian bilik pameran Nissan demi memastikan mereka mempunyai akses lebih baik dalam usaha memenuhi permintaan yang kian meningkatkan terhadap kenderaan jenama Nissan,” kata pengarah jualan dan pemasaran ETCM Christopher Tan.

Waktu operasi bilik pameran Nissan Nikaijaya Resource adalah seperti berikut: 9.30 pagi ke 6.30 petang pada hari Isnin-Jumaat, 9.30 pagi ke 6 petang pada hari Sabtu, dan 9.30 pagi ke 5 petang pada hari Ahad dan cuti umum.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan di bilik pameran baharu ini pada hari Sabtu dan Ahad untuk mengalami pemanduan kereta elektrik paling laris di dunia, Nissan Leaf model baru.

Terdapat juga pelbagai tawaran menarik untuk model-model Nissan serta aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga di sepanjang karnival tersebut.

Bilik pameran Nikaijaya Resource boleh dihubungi di 03-7733 8388.

$!‘Nissan Retail Concept’ baru dibuka di bilik pameran Kg Sg Kayu Ara

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image