Pelan insurans Volkswagen untuk perlindungan lebih baik, manfaat tambahan dan ketenangan minda

VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan program insuransnya, Pelan Insurans Volkswagen atau “VIP”.

Direka khas untuk meningkatkan pengalaman pemilikan Volkswagen, VIP menawarkan perlindungan yang komprehensif dan mudah.

Antara kelebihan yang ditawarkan kepada pemegang polisi insurans yang istimewa ini termasuklah kelulusan tuntutan yang diutamakan, bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan menunda 24 jam, serta jaminan proses baikpulih yang dijalankan di pusat badan dan cat sah Volkswagen.

Ia juga mematuhi piawai baik pulih Volkswagen dan hanya menggunakan alat ganti tulen Volkswagen sahaja.

Bukan itu sahaja, pelanggan tidak akan dikenakan kos pembaikan berlebihan dan nilai yang dipersetujui sehingga 10 tahun.

Semua kelebihan ini melibatkan semua model Volkswagen tanpa mengura usia kenderaan tersebut.

VIP boleh dibeli di mana-mana pengedar sah Volkswagen ketika mendaftar kereta baru atau memperbaharui cukai jalan.

Rakan panel insuransnya ialah Allianz General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad.

Allianz menawarkan insurans konvensional, manakala Etiqa pula menyediakan insurans konvensional dan takaful.

Pengarah urusan VPCM, Erik Winter, berkata VIP dihasilkan di bawah falsafah “Volkswagen Cares”.

“Dengan VIP, semua pemilik Volkswagen tanpa mengira apa jua model boleh menikmati servis berkualiti dan bantuan tepi jalan pada nilai terbaik di bawah pelan komprehensif yang ditawarkan secara eksklusif buat mereka.

“Para pelanggan menjadi keutamaan ke atas semua yang kami lakukan. Penyediaan perkhidmatan tambahan ini di pengedar kami dapat memastikan keseluruhan proses lebih mudah dan bersepadu.”

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image