Perodua Axia 2019 dilancar + varian baru: ‘Style’

PERODUA telah melancarkan Axia 2019, “kenderaan berciri keselamatan canggih yang paling mampu milik di Malaysia”.

Hatchback segmen-A yang diperbaharui itu telah dilancarkan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin di Perodua Sentral, Petaling Jaya, pagi tadi.

$!Perodua Axia 2019 dilancar + varian baru: ‘Style’

Enam varian ditawarkan – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE – dengan harga atas jalan sebelum insurans antara RM24,090 dan RM43,190.

“Sejak tempahan dibuka pada 22 Ogos lalu, kami telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Perodua Axia 2019, sebelum model tersebut diperlihatkan kepada umum,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.

$!Perodua Axia 2019 dilancar + varian baru: ‘Style’

Varian teratas, iaitu AV, dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0, yang terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100km/h), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control untuk mengurangkan risiko pelanggaran.

Semua varian dari GXtra dan ke atas didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali varian E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik.

$!Perodua Axia 2019 dilancar + varian baru: ‘Style’

Isofix juga terdapat pada semua varian, manakala varian SE dan AV pula dilengkapi dengan filem tingkap keselamatan dan solar.

Tambahan baharu kepada keluarga Axia adalah varian baru “Style”, yang didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih lasak dengan elemen skid plate, cladding badan, lampu belakang lensa jernih, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15-inci.

$!Perodua Axia 2019 dilancar + varian baru: ‘Style’

Warna baharu Sunrise Orange yang eksklusif bagi varian ini melengkapkan gaya mirip crossover.

“Perodua Axia Style baru mewakili keinginan untuk tampil berbeza dan unik; menyerlahkan sisi aktif dan keseronokan yang wujud dalam diri kita semua, pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri Axia iaitu kualiti, praktikal, luas, rekabentuk pintar dan mudah dipandu,” kata Zainal Abidin.

$!Perodua Axia 2019 dilancar + varian baru: ‘Style’

Dengan kecekapan bahan api 22.5km/l untuk manual, 21.6km/l untuk auto dan 20.8km/l untuk varian Style, perintis Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Malaysia ini masih menjadi antara kenderaan paling cekap bahan api di negara ini.

$!Perodua Axia 2019 dilancar + varian baru: ‘Style’

Varian, warna, harga

E: Transmisi manual, hanya warna Ivory White, RM24,090

G: Transmisi automatik transmission (AT), hanya warna Ivory White, Glittering Silver dan Midnight Blue,RM33,490.

GXtra: AT, Ivory White, Glittering Silver, Midnight Blue dan Lava Red, RM34,990.

Style: AT, Ivory White, Glittering Silver, Midnight Blue dan Sunrise Orange, RM38,890.

SE: AT, Ivory White, Glittering Silver, Midnight Blue dan Lava Red, RM38,890.

AV: AT, Ivory White, Glittering Silver, Midnight Blue dan Lava Red, RM43,190.

Harga atas-jalan (OTR), tidak termasuk insurans, untuk Semenanjung Malaysia. kesemua varian disertai waranti lima tahun/150,000km (yang mana terdahulu).

$!Perodua Axia 2019 dilancar + varian baru: ‘Style’

Aksesori GearUp untuk Axia 2019

Spoiler belakang: RM300.

pelekat hitam B-pillar: RM80.

Sarung tempat duduk: RM600.

Visor pintu: RM150.

Breket anti-kecurian (5-in-1): RM175.

“Scuff plate” krom: RM140.

Pelindung matahari (tingkap): RM85.

Luggage tray: RM80.

“Coil mate”: RM140.

“Door comfort”: RM450.

“Boot insulator”: RM72.

“Lite Package (rear spoiler and side skirts)”: RM980.

“Utility Package (door visors, coil mats and luggage tray)”: RM330.

Harga Semenanjung Malaysia. Semua aksesori GearUp boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua dan didatangkan dengan waranti enam bulan.

*ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image