Pra-tonton Mazda CX-5 2019 baru

KUNJUNGI roadshow Mazda di pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Bandar Sunway, Petaling Jaya, bermula dari hari esok hingga September 9.

Model baru Mazda CX-5 2019 akan dipamerkan di sana, bersama-sama model-model mazda yang lain.

Pihak Mazda Malaysia berkata: “Pameran ini disertakan dengan pra-tonton CX-5 yang terbaru buat para pelanggan dan orang ramai. Model ini datang dengan pelbagai ciri-ciri teknologikal baru, yang menyerlahkan lagi keselesaan dan kemudahan, serta kestabilan pemanduannya.

“Model terbaru CXC-5 juga akan memperkenalkan varian baru, iaitu SkyActiv-G 2.5L Turbocharged AWD*.”

*All-wheel-drive.

Tempahan untuk model baru itu akan dibuka di sepanjang tempoh roadshow tersebut, dan CX-5 baru itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Harga dan spesifikasinya akan diumumkan kelak.

$!Pra-tonton Mazda CX-5 2019 baru

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image