Proton bergerak seiring PKP

DALAM usaha untuk memastikan operasi harian syarikat berjalan lancar, Proton menyatakan yang ianya telah mematuhi keperluan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ianya dikuatkuasakan pada 18 April lalu, demi membantu memutuskan rantaian penularan Covid-19 di Malaysia.

“Pada masa yang sama, syarikat juga mendapat kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan untuk meneruskan operasi penting yang dijalankan oleh pekerja-pekerja yang berkaitan.

Keselamatan pekerja menjadi keutamaan

“Kesihatan dan keselamatan pekerja-pekerja di PROTON adalah sangat penting bagi syarikat. Dengan bilangan pekerja hampir 10,000 orang, aktiviti harian dilakukan untuk memantau status kesihatan setiap pekerja dari semua peringkat.

“Sepanjang tempoh PKP, status kesihatan setiap pekerja dipantau sebanyak dua kali setiap hari di mana sekiranya ada pekerja yang disyaki dijangkiti, akan diasingkan dan diberi rawatan sewajarnya.

“Pemantauan ini termasuklah di hujung minggu dan turut mengambil kira lokasi keberadaan mereka serta status kerja dalam memastikan mereka kekal produktif.

“Sebelum PKP dilaksanakan lagi, semua pergerakan pekerja yang perlu bertugas di luar syarikat diterhadkan bermula awal Februari 2020. Selain itu juga, mereka yang pulang dari luar negara dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari termasuklah perlu diperiksa sebelum dan selepas tempoh kuarantin.

Ketua pegawai eksekutif Proton Li Chunrong berkata ketika wabak Covid-19 mula menjadi berita utama, Proton telah merangka pelan tindakan untuk membendung jangkitan.

“Kami mengambil langkah secara teliti dan bahkan, sebelum PKP diumumkan, Syarikat telah membatalkan semua perjalanan perniagaan ke luar negara dan melaksanakan operasi kerja dari rumah untuk beberapa jabatan sekiranya terdapat kakitangan dalam jabatan tersebut yang perlu dikuarantin dan disyaki dijangkiti.

“Keutamaan syarikat ialah kesihatan dan kesejahteraan semua pekerja dan kami berharap agar semuanya berada dalam keadaan baik.”

$!Proton bergerak seiring PKP

Kelulusan untuk operasi penting

Dalam pada masa sama Proton telah mematuhi sekatan PKP di mana semua fasiliti Proton telah ditutup dari 18 Mac, terdapat beberapa fungsi kerja tertentu dalam Proton masih perlu dijalankan.

Sebagai contoh, penyelenggaraan fasiliti pengeluaran Proton perlu diteruskan serta terdapat pusat servis terpilih untuk memberi khidmat servis kepada kereta-kereta Proton yang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan yang beroperasi.

Untuk memastikan tiada pekerja yang melanggar peraturan PKP, Proton telah memperoleh kebenaran untuk mengeluarkan surat bagi pekerja-pekerja tertentu bagi melaksanakan operasi syarikat secara terhad.

“Operasi lain berkaitan syarikat juga diteruskan. Pekerja di setiap jabatan perlu mengadakan perjumpaan harian bersama ketua jabatan masing-masing dalam memastikan segala kerja dijalankan secara lancar tanpa sebarang kekangan dan penangguhan.

“Semua perjumpaan dan mesyuarat dilakukan melalui panggilan video yang memastikan semua pekerja dapat bersua muka meskipun berjauhan.

"Dalam kami mematuhi segala keperluan sepanjang PKP, Proton turut memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa bagi sebilangan kecil kakitangan untuk terus bekerja di lokasi tertentu dalam melaksanakan perkhidmatan penting.

“Bagi kakitangan syarikat yang lain, kami juga telah meminta mereka menyesuaikan amalan kerja yang selari dengan peraturan PKP. Kami amat menghargai teknologi mesej dan persidangan video terkini di mana segala mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan dari mana-mana sahaja dengan adanya sambungan Internet, jadi kami berharap dapat mengekang segala gangguan operasi perniagaan seminimum yang mungkin.

$!Proton bergerak seiring PKP

Sokong usaha bendung penularan Covid-19

Demi membantu dan menyokong usaha barisan hadapan Malaysia dalam melawan penularan Covid-19, Proton telah meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada pihak Kementerian Kesihatan.

Kereta tersebut akan digunakan untuk membawa mereka pergi dan pulang dari tempat kerja serta menghantar mereka ke mana-mana kawasan di negara ini yang menjadi tumpuan dan memerlukan perhatian segera.

"Sebagai pengeluar kereta di Malaysia dan penyumbang utama kepada industri automotif tempatan, Proton melihatnya sebagai satu kewajipan untuk Syarikat membantu kerajaan dalam membendung penyebaran Covid-19.

“Kami amat menghargai jasa para barisan hadapan negara dan merasakan bahawa ini adalah bantuan yang dapat kami tawarkan dalam masa yang singkat. Buat masa ini, ini adalah bantuan secara langsung yang boleh kami berikan, tetapi pada masa sama, kami juga mencari pelbagai cara lain untuk menghulurkan bantuan dan sokongan," kata Li.

$!Proton bergerak seiring PKP

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image