Supra datang lagi!

20 Sep 2019 / 22:59 H.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UWMT) hari ini secara rasminya memperkenalkan Toyota GR Supra serba baru untuk pasaran Malaysia.

Model ini membawa kembali model ikonik Toyota ke dalam barisan kenderaan yang ditawarkan Toyota ketika ini, serta menjadi model sportscar utama Toyota untuk peminat-peminatnya.

Toyota GR Supra ini diperkenalkan oleh timbalan pengerusi UMWT dan juga ketua pegawai sukan permotorannya, Akio Takeyama, yang berkata: "Kali ini, buat pertama kalinya sejak sekian lama, banyak tumpuan dan perhatian diberikan terhadap kemampuan pengendalian model ini.

Supra datang lagi!

“Presiden kami sendiri mahukan yang terbaik dari sudut prestasi GR Supra, dan untuk itu, segala kepakaran dan sumber yang dimiliki syarikat dihalakan sepenuhnya untuk pembangunan kereta sport ini.

“Ini adalah sebuah kereta sport dalam erti kata yang sebenar, tanpa sebarang kompromi."

Dengan matlamat untuk menghasilkan kereta yang lebih baik, jurutera yang terlibat telah memberikan pengalaman dan memberikan sentuhan penuh emosi untuk dinikmati pemandu.

Supra datang lagi!

Sebahagian daripadanya datang dari bunyi ekzos yang memperkukuhkan lagi perwatakan pemanduan kereta ini serta menyumbang kepada pengalaman pemanduan jitu secara keseluruhannya.

Supra datang lagi!

Toyota GR Supra Serba Baru ini adalah dari generasi kelima model berkenaan yang mula diperkenalkan pada tahun 1978.

Menjadi pilihan popular pasukan-pasukan lumba sejak itu, Supra turut muncul di dalam permainan video (Gran Turismo, Need For Speed) dan filem seperti siri The Fast & Furious.

Toyota Gazoo Racing pula merupakan organisasi penaung kepada program sukan permotoran Toyota diperingkat global.

Di dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah berjaya mencapai kejayaan tertinggi dengan memenangi perlumbaan Le Mans 24 Hours untuk Kejuaraan Endurans Dunia, Kejuaraan Pengeluar di dalam Kejuaraan Rali Dunia FIA serta Rali Dakar 2019.

Supra datang lagi!

Bermula dengan model GR Supra baru ini, Toyota Gazoo Racing memindahkan pengetahuan teknikal yang diperolehi dari litar lumba dan rali kepada pembangunan generasi baru model kenderaan sport Toyota, dan bakal dilanjutkan kepada banyak lagi barisan model lainnya.

GR Supra baru ini merupakan model pertama yang dihasilkan oleh Toyota Gazoo Racing untuk pasaran global.

Bagi pasaran Malaysia, UMWT menawarkan GR Supra hanya dalam satu varian, iaitu dengan spesifikasi GTS.

Supra datang lagi!

Ia dikuasai oleh enjin 3.0-liter turbocas enam-silinder sebaris, menghasilkan sebanyak 335 kuasa kuda serta tork maksima 500Nm.

Pacuan ke roda belakang adalah melalui transmisi automatik lapan-kelajuan talaan sport yang pantas, yang disertakan sekali dengan fungsi kawalan berlepas yang membolehkan kereta ini memecut dari 0km/j ke 100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat. Rim aloi 19 inci yang diperkukuhkan dan ringan merupakan kelengkapan standard.

Supra datang lagi!

Selain mempunyai nisbah agihan berat 50:50, dinamik pemanduan yang mantap pada GR Supra ini juga dipertingkatkan lagi dengan ciri Adaptive Variable Suspension dan Limited slip Differential (LSD) kawalan elektronik.

Pemandu juga boleh menyesuaikannya dengan beberapa talaan untuk mendapatkan prestasi yang diinginkan daripada kereta sport ini serta untuk menghadkan campur tangan atau bantuan elektronik yang ada.

Supra datang lagi!

Walaupun GR Supra ini direka untuk pemanduan sporty, ruang dalamannya tetap menampilkan ketelitian dan keselesaan untuk perjalanan jauh.

Sesuai dengan status flagship kereta ini, ruang dalamannya mengenakan kehalusan buatan yang tinggi, dengan senarai kelengkapan terkini, misalnya termasuk kawalan pendingin hawa dua-zon, sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin, kerusi balutan kulit, paparan head-up, kerusi sport larasan elektrik dengan sokongan lumbar, cermin pandang belakang elektrokromatik dan sistem audio dengan 12 pembesar suara JBL.

Supra datang lagi!

Pelanggan boleh memilih daripada lapan warna yang ditawarkan; Prominence Red, Lightning Yellow, White Metallic, Deep Blue Metallic, Silver Metallic, Matte Storm Grey Metallic, Black Metallic dan Ice Grey Metallic.

Ada ‘port’ sendiri!

Selain melancarkan GR Supra yang baru ini, Takeyama juga mengumumkan bahawa GR Garage kini telah membuat penampilannya di Malaysia.

Cawangan-cawangan Toyota terpilih akan menyediakan konsep "kedai dalam kedai" ini untuk menjual produk-produk GR — bermula dengan GR Supra, produk-produk prestasi tinggi GR serta cenderahati GR.

Supra datang lagi!

Sebagai permulaan, ia melibatkan lima cawangan — tiga di Lembah Klang dan masing-masing satu cawangan di Utara dan Selatan tanah air.

Konsep GR Garage diperkenalkan di Jepun beberapa tahun lalu dan Malaysia menjadi pasaran luar Jepun yang pertama menawarkannya kepada pelanggan.

Supra datang lagi!

"TGR Festival, Vios Challenge dan Toyota Velocity Esports Championship telah menunjukkan bagaimana Toyota menyuntik semangat perlumbaan ke dalam aktiviti yang kami anjurkan.

“Bagaimanapun, kami merasakan ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dan keinginan peminat sukan permotoran dan kereta di sini.

Supra datang lagi!

“Jadi, kami sediakan sebuah platform baru — GR Garage, sebuah tempat di mana peminat boleh berkumpul dan berbual tentang minat mereka terhadap kereta... terutamanya kereta sport dan juga sukan permotoran," jelas Takeyama.

Harga atas jalan tanpa insurans untuk Toyota GR Supra ini bermula dari RM568,000 untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia.

$!Supra datang lagi!

email blast