Volkswagen Malaysia lancar model edisi terhad ‘United’

VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan model edisi terhad “United” yang terdiri daripada Passat dan Tiguan.

Rangkaian itu meraikan “kekuatan perpaduan”, satu semangat yang sememangnya sudah lama wujud dalam jenama Volkswagen.

Dua aksesori tulen Volkswagen yang unik diperkenalkan pada model-model United – penutup roda dinamik yang memastikan logo sentiasa tegak ketika kereta bergerak untuk model Tiguan dan Passat, serta lampu pintu LED yang memancarkan logo Volkswagen apabila pintu hadapan Passat dibuka.

Passat United ditawarkan pada harga RM193,856, dan dilengkapi dengan aksesori bernilai RM12,000.

Aksesori tambahan itu termasuklah pedal sports aluminium dan plat sisi kaki, rim aloi Verona baharu bersaiz 19 inci, VW Tint serta logo United.

Tiguan United pula didatangkan dengan bampar hadapan sports, spoiler belakang, kemasan krom pada trunk, pelindung ruang kargo, hujung ekzos krom, VW Tint dan logo United, semuanya bernilai RM4,000.

Tiguan United ditawarkan pada harga RM166,108.

Dengan pemansuhan cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, sekarang adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kereta Volkswagen.

Perkhidmatan penghantaran secara percuma ke rumah pelanggan dalam radius 20km turut disediakan.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image