SEARCH

Warna baru untuk Yamaha Ego Solariz

12 Dec 2019 / 13:53 H.

HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan warna baru untuk skuter Yamaha Ego Solariz, iaitu Merah, Biru, Sian (biru laut) dan Emas.

Ego Solariz dengan warna-warna baru tersebut sudah pun terdapat di semua pengedar sah HLYM sejak awal bulan ini.

Harga seunit skuter itu masih tidak berubah, iaitu RM5,234 (tidak termasuk cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans).

email blast