Yamaha henti operasi - 18-31 Mac

HONG Leong Yamaha akan menghentikan operasinya buat sementara waktu, bermula dari hari esok sehingga 31 Mac.

“Demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia semalam, akibat dari wabak Coronavirus (Covid-19), ibupejabat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd serta pusat alatganti kami dan juga cawangan-cawangan kami akan menghentikan operasi masing-masing, buat sementara waktu, bermula dari hari esok sehingga 31hb Mac,” kata syarikat tersebut di dalam mesej kepada theSun, sebentar tadi.

“Sila rujuk laman web dan Facebook kami untuk maklumat terkini.”

$!Yamaha henti operasi - 18-31 Mac

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image