SEARCH

Bekalan air di 13 kawasan di ibu kota pulih sepenuhnya

11 Jun 2021 / 08:50 H.

KUALA LUMPUR: Bekalan air di 13 kawasan sekitar ibu kota yang terjejas ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, di sini pada Rabu lepas pulih sepenuhnya pada 3 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya juga merakamkan penghargaaan di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berkenaan.

“Air Selangor turut memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera,” katanya.

Para pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Setakat 7 malam semalam, pemulihan bekalan air di 13 kawasan itu telah mencapai 80 peratus.

-Bernama

email blast