KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,389 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari terakhir pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,711 kenderaan dengan kemalangan membabitkan kereta mencatat jumlah tertinggi sebanyak 1,140 kes.

“Ia diikuti motosikal membabitkan 250 kes, pacuan empat roda (211), lori (86), van (15), bas (7) dan masing-masing satu kes kemalangan traktor dan basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image