KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,591 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari kelapan pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,891 kenderaan dengan kemalangan membabitkan kereta mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 1,341 kes.

“Ia diikuti pacuan empat roda (241), motosikal (209), lori (44), van (41), bas (11), teksi (3) dan satu kes kemalangan bagi ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image