296 ingkar PKPP berhibur di pusat hiburan dikompaun RM1,000

KUALA LUMPUR: Seramai 296 individu dikompaun RM1,000 tiap seorang kerana didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan berhibur di pusat hiburan di Persiaran Jalil, Bandar Bukit Jalil, di sini, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan ke premis berkenaan pada 12.30 tengah malam tadi juga dilakukan kerana pusat hiburan itu didapati tidak mempunyai lesen.Beliau berkata mereka yang dikompaun ialah pengunjung warga tempatan berusia antara 17 dan 39 tahun yang terdiri daripada 195 lelaki dan selebihnya wanita.“Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang juga pengurus premis berusia 27 tahun dan tiga warga asing melibatkan dua wanita China dan seorang lelaki Korea Selatan berusia antara 18 dan 21 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.Nik Ros Azhan berkata tiga warga asing itu direman dua minggu mulai hari ini, manakala pengurus premis berkenaan dilepaskan dengan jaminan polis setelah siasatan selesai.“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976,” katanya. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image