HOUSTON: Seramai tiga orang terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar pada malam Sabtu di bandar Oklahoma , Amerika Syarikat.

Polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan di Whisky Barrel Saloon sekitar jam 9 malam waktu tempatan (0200 GMT Ahad), menurut media tempatan.

Mereka yang cedera dimasukkan ke hospital, dengan seorang dilaporkan dalam keadaan kritikal manakala dua lagi mengalami kecederaan ringqn, menurut Jabatan Polis bandar Oklahoma.

Seorang suspek telah ditahan dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image