KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,073,551 atau 30.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,650,581 kanak-kanak atau 46.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,035 atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,003,483 atau 96.5 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,069,133 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,604 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,247,523 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 14,253 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 3,300 dos pertama, 8,348 dos kedua dan 2,605 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,708,376.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, masing-masing satu kes di Kedah, Melaka dan Perlis. — Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image