SEARCH

381 individu ditahan kerana ingkar arahan PKPP

22 Nov 2020 / 17:31 H.

KUALA LUMPUR: Seramai 381 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dengan 377 daripadanya dikompaun manakala empat individu direman, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (pix).

Katanya, antara kesalahan mereka ialah berkenaan aktiviti di pusat hiburan (96), tidak memakai pelitup muka (80), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (69), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (57), rentas negeri/daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (33) dan lain-lain (46).

Beliau berkata dalam kenyataan di sini, hari ini, semalam Operasi Benteng berjaya menahan 20 pendatang tanpa izin, tiga penyeludup serta merampas sembilan kenderaan darat. — Bernama

email blast