MANILA: Sebuah feri membawa 124 penumpang dan 10 anak kapal terbakar pada Isnin ketika dalam perjalanan menuju ke wilayah Quezon di Pulau Luzon, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Pengawal Pantai Filipina (PCG).

Komodor Armand Balilo berkata kapal Mercraft 2 itu berlepas pada 5 pagi waktu tempatan dari bandar Polillo, di wilayah itu, menuju ke pelabuhan Real sebelum terbakar kira-kira 900 meter dari pelabuhan.

Kebakaran memaksa penumpang dan anak kapal terjun ke laut, 105 orang berjaya diselamatkan dan enam penumpang dihantar ke hospital.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image