KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg berpuas hati dengan prestasi gabungan politik itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila memenangi 21 daripada 31 jumlah keseluruhan kerusi Parlimen di negeri itu.

Beliau berkata jumlah itu sudah melepasi 19 kerusi yang dimenangi ketika GPS, yang terdiri daripada empat parti, bertanding di bawah Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 pada tahun 2018.

“Hari ni sah 21 (kerusi) dan kalau dikira, akan dapat dua lagi jadi penambahan 23 (kerusi). Ini jumlah yang memuaskan,“ katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Tambahan dua kerusi yang dirujuk Abang Johari ialah Limbang dan Baram.

Keputusan rasmi bagi Limbang tidak dapat diumumkan malam ini kerana beberapa peti undi belum tiba di pusat penjumlahan manakala pengundian di Baram terpaksa ditangguhkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan cuaca buruk.

Berita lanjut akan menyusul. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image