Amaran ribut petir di tiga negeri

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak dengan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan yang dijangka terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta Kerian di Perak. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image