KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob yang sedang dalam rangka lawatan negara ke Malaysia.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Anwar berkata kunjungan hormat yang dilakukan di sebuah hotel di ibu negara itu turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Perdana Menteri berkata dalam pertemuan itu, mereka saling bertukar pandangan berhubung isu yang mempunyai kepentingan bersama kedua-dua negara.

“Ini merupakan pertemuan kedua saya bersama Presiden Republik Singapura selepas lawatan rasmi saya ke republik tersebut pada 30 Jan 2023 yang lalu,” katanya yang turut memuat naik beberapa keping gambar kunjungan itu.

Halimah berada di sini sehingga esok untuk lawatan negara ke Malaysia.

Ia merupakan lawatan negara pertama Presiden Republik Singapura ke Malaysia sejak 2013. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image