Anwar gagal batal saman berhubung pengampunan penuh sabitan liwat

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (pix) hari ini gagal membatalkan saman pemula yang difailkan oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengampunan penuh yang diberikan kepada ketua pembangkang itu berkaitan sabitan dan juga hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir juga menolak permohonan sama oleh Lembaga Pengampunan.

Ketika menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan itu, Akhtar berkata plaintif (Mohd Khairul Azam) mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu kerana beliau adalah ahli masyarakat umum dan berkelayakan sebagai peguam selain ada isu-isu yang boleh dibicarakan yang perlu didengar sepenuhnya.

Beliau juga berkata Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa eksekutif ketika membenarkan pengampunan kepada Anwar itu.

“Sekiranya Seri Paduka menjalankan kuasa eksekutif, mana mungkin baginda tidak boleh dibicarakan, ini bukan pengampunan diraja, ini pengampunan eksekutif kerana baginda menjalankan peranan sebagai eksekutif. Justeru, jika baginda menjalankan kuasa eksekutif, maka ada prosedur dan undang-undang yang membenarkan anda mempersoalkan kuasa eksekutif,” kata hakim.-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image