NEW DELHI: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pada Khamis, bersempena pelantikan beliau sebagai perdana menteri.

“Wickremesinghe mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya sebagai perdana menteri dan menyuarakan hasratnya untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Sri Lanka dan Malaysia semasa perbualan telefon pagi ini,” menurut pejabat presiden Sri Lanka itu di Twitter.

Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena turut mengucapkan tahniah kepada Anwar baru-baru ini.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin pada 1957.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada Khamis lepas (24 Nov). - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image