Bank Muamalat menyambut Hari Kemerdekaan ke-62

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Berhad hari ini menyambut Hari Kemerdekaan ke-62 bersama kakitangan-kakitangan bank di Laman Warisan, Menara Bumiputera, Kuala Lumpur.

Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad berkata, sambutan merdeka seperti ini yang diadakan setiap tahun adalah untuk memupuk semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama seiring dengan tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Turut hadir pada sambutan kali ini ialah Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dato’ Dr Mohd Munir Abdul Majid, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa turut hadir menyerikan lagi sambutan pada tahun ini. Dif-dif kehormat mengiringi perarakan Jalur Gemilang yang dibawa oleh Polis Bantuan DRB HICOM diiringi oleh Pancaragam UITM ke Laman Warisan.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin telah menyanyikan Negaraku dan Jalur Gemilang diiringi oleh pasukan Koir Bank Muamalat. Mereka juga menyanyikan Kita Punya Malaysia yang diketuai oleh En Vale Vincent Wong.

Pasukan Koir Bank Muamalat terdiri daripada 30 orang kakitangan. Tahun ini merupakan tahun ke3 Bank Muamalat mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan di Laman Warisan, Menara Bumiputera, Kuala Lumpur.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image