KUALA LUMPUR: Bekalan air di 55 kawasan di Klang dan Shah Alam yang terjejas berikutan kerja-kerja pembaikan akibat kejadian paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang, telah pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan hari ini mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama mereka sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

“Pengguna boleh merujuk kepada semua saluran komunikasi kami, iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter atau hubungi Pusat Hubungan Air Selangor di talian 15300 bagi mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada Pusat Bantuan melalui www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image