Covid-19: Empat kluster bahau dikesan KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan empat kluster baharu iaitu dua di Sabah dikenali Kluster Jalan Bomba serta Kluster Jalan Utara, satu di Selangor yang dikenali sebagai Kluster Benteng PK, dan satu lagi di Johor dikenali sebagai Kluster Bakawali.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (pix) berkata kes indeks bagi Kluster Jalan Bomba iaitu kes ke-11,110 merupakan lelaki warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 Sept lepas.

“Kes bergejala demam dan batuk serta didapati positif Covid-19 pada 28 Sept 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan (Sabah) dan hasil saringan kontak rapat mendapati dua lagi kes positif Covid-19 pada 28 Sept lepas.

“Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19.

Berhubung Kluster Jalan Utara, beliau memberitahu kluster itu dikenal pasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan, Sabah dengan dua petugas kesihatan telah dikesan positif Covid-19 pada 28 Sept. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image