‘Deal of The Century’, tidak dapat diterima dan tidak adil: Mahathir

PETALING JAYA: Dalam nada kritikan yang pedas terhadap ‘Deal of the century” Dr Mahathir (gambar) berkata ia akan hanya meneruskan dominasi pendudukan seperti dasar aparteid ke atas rakyat Palestin.

“Malaysia mendapati cadangan itu tidak dapat diterima dan amat tidak adil,” kata Dr Mahathir ketika menyatakan cadangan pelan damai itu tidak mendekatkan usaha melahirkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Memburukkan lagi keadaan katanya, ia menyerahkan bandar suci Jerusalem dengan mudah kepada pihak Israel, tanpa mempedulikan perasaan jutaan umat Islam dan Kristian di seluruh dunia.

“Perkara ini hanya akan membawa lebih banyak konflik di rantau ini, dan kemarahan berbilion masyarakat di seluruh dunia,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ketiga Liga Parlimen Al-Quds, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, ia satu tawaran berat sebelah yang dipeloporii oleh Amerika Syarikat dan Israel tanpa konsultasi dengan Palestin dan menolak usaha untuk membawa keamanan ke Palestin

“Pelan keamanan ini hanya mengiktiraf kuasa besar yang melakukan pendudukan dan oada masa yang sama mengetepikan hak mereka yang ditindas, kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, memang mengecewakan apabila setelah tujuh dekad hanya satu pihak daripada Two-Side Solution telah dibentuk - Israel- sedangkan rakyat Palestin masih lagi ketinggalan bergelut menuntut keadilan, keamanan dan sebuah negara berdaulat mereka sendiri.

Dr Mahathir berkata, rayuan rakyat Palestin menjadi tumpuan isu kepada ramai komuniti antarabangsa tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

“Dengan mengambil berat isu itu sebagai tanggungjawab kita masyarakat dunia dengan memastikam isu itu tidak diremehkan, digugurkan atau dsembunyikan di bawah permaidani,katanya.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image