PETALING JAYA: Sepuluh tahun sudah berlalu, semenjak bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjarakan selama enam bulan. Namun, semangatnya untuk kembali ke dunia politik masih lagi membara.

“Politik membolehkan saya melakukan sesuatu yang baik untuk negara dan jika saya mahu melakukannya (sekali lagi), saya harus mula dari sekarang,” katanya, ketika berbual dengan theSun, baru-baru ini.

Dr Mohamad Khir, 56, berhasrat untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Beliau masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lain berkaitan niatnya itu, termasuklah kawasan pilihannya (untuk bertanding), di bawah tiket Umno atau tidak dan sama ada beliau akan merujuk kepada “mentornya”, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk nasihat dan hala-tuju.

“Saya mahu bertanding di atas kehendak saya sendiri dan dengan sokongan yang saya ada.”

Dr Mohamad Khir menyatakan bahawa beliau sangat menghargai usaha Dr Mahathir dan mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, yang telah membawanya ke dalam dunia politik, seterusnya melonjakkannya ke jawatan menteri besar Selangor.

“Saya berterimakasih kepada mereka, kerana memberi saya peluang untuk memimpin. Saya percaya yang saya telah memberikan khidmat yang sehabis baik.

Sejarah politik Dr Mohamad Khir bercampur-aduk dengan kenaikkannya yang mendadak dan tuduhan demi tuduhan berkaitan penyalahgunaan kuasa, kejatuhannya dan seterusnya, didapati bersalah di atas tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi pada 23 Disember, 2011 dan dihukum penjara.

Sebelum menjadi menteri besar Selangor, beliau adalah seorang ahli Pemuda Umno yang berkhidmat di dalam Majlis Tertinggi parti tersebut, sebelum beliau dipilih untuk bertanding kerusi DUN Sungai Panjang (Selangor) semasa Pilihanraya Umum (PRU) 1999. Pada waktu itu, beliau berusia 34 tahun, suatu usia yang sangat muda untuk bertanding sebagai pemimpin politik.

Pada bulan Ogos tahun 2000, Dr Mohamad Khir dilantik sebagai menteri besar Selangor berikutan menteri besar sebelumnya, Datuk Seri Abu Hassan Omar, melepaskan jawatan tersebut di atas masalah kesihatan.

Sepanjang khidmatnya sebagai menteri besar, Dr Mohamad Khir berdepan dengan beberapa kontroversi. Salah satunya ialah “Polisi Setinggan Sifar”, di mana beribu penduduk kawasan setinggan kehilangan tempat tinggal dengan sangat sedikit atau tiada pampasan langsung.

Dr Mohamad Khir juga pernah berdepan dengan tuduhan rasuah kerana memberi kelulusan projek pembinaan yang telah menceroboh kawasan hutan simpan Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam.

Pada 2004, Badan Pencegahan Rasuah (BPR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak 2009). Di akhir siasatannya, BPR mengisytiharkan tiada kes ke atas Dr Mohamad Khir.

Ketika Barisan Nasional kehilangan negeri Selangor semasa PRU 2008, Dr Mohamad Khir dilantik sebagai ketua pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri.

Pada tahun 2010, satu lagi kontroversi wujud, yang mana beliau telah dituduh membeli sebuah “rumah agam” dengan nilai yang sangat jauh dibawah harga pasaran. Akibat diheret ke mahkamah berikutan tuduhan rasuah, beliau telah melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang pada bulan Disember tahun itu.

Dr Mohamad Khir telah didapati bersalah menerima dua bidang tanah dan sebuah banglo dengan diskaun yang sangat besar dan beliau dijatukan hukum penjara selama satu tahun. Beliau pernah menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 2001 dan gelaran tersebut telah ditarik balik oleh Sultan Selangor pada 30 September 2015.

Akhbar theSun adalah media yang pertama melapurkan maklumat pembelian tersebut, yang membuatkan beliau mengarahkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk memfailkan saman fitnah terhadap akhbar ini.

Dr Mohamad Khir mendakwa yang artikel theSun (berkaitan pembelian tersebut) bertujuan untuk mempengaruhi hakim-hakim yang mendengar kes tersebut. Tetapi beliau telah melupakan dan memaafkan semuanya, katanya.

“Tiada sebab untuk saya rasa malu dengan apa yang saya telah lakukan. Saya tidak ambil se-sen pun dari kerajaan. Saya hanya bersalah kerana membeli sebuah rumah dengan harga yang jauh lebih rendah dari nilai yang ditentukan oleh bank.”

“Siapa yang tak mahu sesuatu yang jauh lebih murah, jika ada peluang macam tu? Saya akui yang saya bersalah kerana memanfaatkan peluang tersebut, tapi itu bukanlah rasuah.”

Namun, Dr Mohamad Khir menyesal kerana membeli rumah mewah tersebut.

“Turun naik mahkamah dan meyaksikan kisah saya kerap dipaparkan di dalam media selama dua tahun adalah satu pengalaman yang perit.”

Padanya sekarang, semua itu adalah kisah lama, suatu pengalaman hidup yang mahu dilupakannya.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image