KUALA LUMPUR: Siasatan awal Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati tidak berlaku talian (wayar) terputus daripada tiang TNB dan terjatuh di atas bumbung rumah dua beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, pada Jumaat.

Justeru, TNB dalam kenyataan hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa berlaku hal sedemikian dan memaklumkan syarikat itu dan ST sedang menyiasat insiden berkenaan.

“TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu wakil TNB turut menziarahi keluarga mangsa dan menyerahkan sumbangan ehsan.

Kedua beradik berusia 10 dan 9 tahun itu dilaporkan sedang mandi di dalam besen apabila terkena renjatan elektrik yang disyaki mengalir dari besi penyidai baju akibat kebocoran arus elektrik. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image