Dua kematian, 123 kes positif baharu: KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Dua lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sehingga kini akibat wabak itu di Malaysia ialah 10 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata kematian itu masing-masing melibatkan kes ke-890 iaitu doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes ke-259 iaitu daripada kluster tabligh di Sri Petaling.

“Kes kesembilan merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. — Bernama