KUCHING: Dua lelaki melecur dalam kebakaran melibatkan tiga rumah di Jalan Nanas Barat, Kampung Kudei di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran rumah itu pada 9.30 pagi tadi.

Katanya dalam kebakaran itu, dua rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi rumah jenis tidak kekal hanya terbakar di bahagian dinding.

“Terdapat dua lelaki dewasa melecur dengan mangsa pertama telah melecur 30 peratus manakala mangsa kedua melecur 10 peratus. Mereka telah melecur di bahagian kepala, bahu dan tangan.

“Keadaan di lokasi adalah terkawal dan kerja mengawal kebakaran daripada merebak sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image