BATU PAHAT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berkata seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, dekat sini.

PPS itu yang mula dibuka sejak Rabu lepas (14 Sept) menempatkan mangsa banjir dari kawasan terjejas seperti Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading.

Sementara itu, PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian, semalam, melibatkan mangsa banjir dari Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya.

Bagaimanapun, hanya terdapat 13 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS ini. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image