KUANTAN: Dua remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Embun, Jerantut petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mangsa ialah Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi, kedua-duanya berusia 13 tahun.

“Kedua-dua mangsa ditemukan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulfadli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 3.07 petang dan jentera bomba mengambil masa 20 minit untuk tiba ke lokasi kerana balai bomba terdekat terletak 20 kilometer dari kampung berkenaan. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image