KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 meningkat dua sen kepada RM4.72 seliter sementara harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 9 hingga 15 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran kedua-dua bahan api itu telah meningkat melepasi harga siling semasa.

Kementerian itu berkata harga baharu itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menurut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. — Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image