Harga RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun lima sen seliter manakala harga diesel dan petrol RON95 tidak berubah, bagi tempoh 29 Sept hingga 5 Okt ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini harga runcit RON97 turun daripada RM4.05 kepada RM4.00 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image