Jemaah Menteri salur dua bulan gaji ke Tabung Covid-19

PETALING JAYA: Gaji para menteri dan timbalan menteri akan ditolak selama dua bulan dan disalurkan kepada tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan langkah itu dalam satu kenyataan hari ini, sambil menambah bahawa gaji Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan disalurkan ke dalam dana itu.

Kenyataan itu menambah bahawa potongan itu diputuskan semasa mesyuarat kabinet pada 25 Mac.

“Langkah ini adalah untuk menunjukkan sokongan kerajaan untuk membantu mereka yang terjejas oleh wabak Covid-19.

“Sehingga 25 Mac, jumlah yang terkumpul dalam sumbangan dan geran kerajaan bagi dana tersebut berjumlah RM8,493,103.48,“ menurut kenyataan itu.

Timbalan Menteri Industri Utama dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dalam tindak balas segera memberitahu bahawa langkah yang diambil oleh kerajaan itu adalah tindakan yang wajar.

“Ini adalah untuk rakyat dan saya tidak ada masalah dengannya ... Malah, kami juga sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah dana tersebut,“ katanya.

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memuji langkah itu, mengatakan ia adalah perkara yang paling bertanggungjawab dalam keadaan semasa.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image