KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Rompin, Pahang, mulai jam 8 malam ini.

JPS, dalam kenyataanhari ini, memaklumkan lokasi yang diramal banjir ialah di Jambatan Kampung. Kedaik dan kawasan sekitarnya.

Ramalan itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Mateorologi Malaysia dan hasil simulasi model ramalan banjir susulan amaran hujan berterusan (buruk).

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan. Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image