KUALA LUMPUR: Sembilan premis di sekitar Wangsa Maju di sini yang terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata tindakan itu dilakukan susulan kegiatan perjudian di premis-premis terbabit masih aktif walaupun pernah diserbu polis beberapa kali.

“Setakat ini pemotongan bekalan elektrik dilakukan di beberapa kawasan dipercayai disewakan sindiket perjudian dalam talian ini, iaitu di Jalan Tun Razak, Jalan Ampang Hilir, Jalan Gombak 5, Setapak Jaya dan Jalan Tasik Titiwangsa.

“Pemotongan bekalan elektrik itu dijalankan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) dan Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) ke atas premis menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di premis,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi pemotongan bekalan elektrik di beberapa premis judi sekitar Setapak Jaya hari ini. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image