Jumlah mangsa banjir di Rantau kekal 40 orang

SEREMBAN: Jumlah mangsa banjir di Rantau, dekat sini kekal 40 orang daripada 12 keluarga setakat 9 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam kenyataan di sini, pagi ini berkata kesemua mangsa terlibat dipindahkan dari Kampung Pasir, Kampung Sega Hilir dan Kampung Stesen dan mereka masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), Sekolah Kebangsaan Sega.

“Keadaan cuaca pada pagi ini adalah baik manakala keadaan paras air Sungai Linggi yang berhampiran dengan kediaman kesemua mangsa juga semakin surut. Mereka dibenarkan pulang sementara ke kediaman masing-masing untuk melakukan pembersihan.

“Kesemua mangsa akan dibenarkan pulang sekiranya keadaan cuaca baik berterusan dan mendapat kebenaran Pegawai Daerah selaku Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah untuk penutupan PPS,“ menurut kenyataan itu.

Banjir berlaku berikutan hujan lebat dari 5.30 petang hingga 10 malam Isnin, menyebabkan 12 kediaman di kawasan rendah dinaiki air dan susulan itu, PPS Sekolah Kebangsaan Sega dibuka pada 11.30 malam hari yang sama. — Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image